Monday 23 May 2011

OUR NEW PRODUCT

WE WOULD LIKE TO INTRODUCE OUR NEW PRODUCT
THE MOST DELICIOUS TRADITIONAL' KUAH ROJAK' EVER
TASTE IT, U'LL DEFINITELY LOVE IT


(STOCKIST/AGENT NEEDED )

Wednesday 18 May 2011

Moist Chocolate Cake

The best moist chocolate cake in the East. Tasting is believing with rich chocolate toppings. Package including a presentable box, suitable for birthday and door gifts. Please do not hesitate to contact me at 019-3037107 for ordering this specially home-baked cake, with prompt delivery. Price per kg: RM30.00.

Monday 16 May 2011

RINALICIOUSRECIPE: Peluang Berniaga - Menjadi Stokis

Sebagai pewaris tradisi Melayu turun temurun, saya mendapat resipi asli KUAH ROJAK yang sangat enak dan lazat. Saya sudah mempunyai para pelanggan tetap. Mutakhir, saya ingin memperkenalkan produk ini kepada orang ramai.

Jika anda ingin menjadi Stokis KUAH ROJAK Rinalicious Recipe, hubungi saya, ZARINA ZAKARIA 019-3037107 atau Email: rinaliciousrecipe@yahoo.com

KUAH ROJAK RESIPI ASLI
TANPA BAHAN PENGAWET
BOLEH TAHAN SELAMA 3 BULAN
PASTI SEDAP DAN MENYELERAKAN
LAIN DARIPADA YANG LAIN
PASTI BERKUALITI

REBUTLAH PELUANG NIAGA INI DENGAN SEGERA !!!

Business Opportunity = Stokist needed

As a founder of the oldest original recipe of KUAH ROJAK, I am extending my expertise with others to venture into this business. If you are interested to be the Stokist of KUAH ROJAK, please call me, Zarina Zakaria at 019-3037107, or browse my web: sugarlicious2u.blogspot.com, or send email to: rinaliciousrecipe@yahoo.com

TASTING IS BELIEVING!!!
DON'T MISS THIS GOLDEN OPPORTUNITY

Kuah Rojak Resipi Turun Temurun ("The Oldest Original Recipe of 'Kuah Rojak'")

     Saya bernasib baik dapat mewarisi resipi turun temurun KUAH ROJAK yang dipelopori oleh nenek moyang Orang Melayu di zaman Purbakala (Pra-Sejarah) yang berusia ratusan ribu tahun dahulu. Resipi dan masakan Orang Melayu memang paling unik di dunia.

     Saya beruntung kerana suami saya, Dr Ilyas Harun telah menjalankan kajian bersama Prof Dr Stephen Oppenheimer dari United Kingdom dan Dr Kamari Kasan dari Malaysia tentang kewujudan Orang Melayu lebih lapan ratus ribu tahun dahulu yang menetap di rantau ini. Pada waktu itu, rantau ini mempunyai daratan yang amat luas, merentangi seluruh Kepulauan Melayu sehingga ke Taiwan (pada waktu itu Taiwan berada di daratan sebelum menjadi pulau). Apabila Gunung Batara Guru meletus, berlakulah malapetaka paling dahsyat di muka bumi yang menyebabkan terdapatnya rekahan bumi dan dunia menjadi gelap betahun-tahun akibat debu-debu gunung tersebut. Akibat rekahan perut bumi, berlaku kecairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan yang menyebabkan paras air laut naik mendadak; berlaku super tsunami dan banjir besar yang menenggelamkan beberapa tempat di muka bumi. Salah satu daratan yang tenggelam ke dalam laut ialah sebahagian Kepulauan Melayu (daratan yang tenggelam ini dinamakan 'Sundaland.' Terdapat ahli sejarah dan arkeologi Barat yang menyatakan 'Sundaland' itu 'Atalantis' atau 'Kumari Kandam' atau 'Lemuria' atau 'Mu.' Dengan itu berlaku perubahan geografi di dunia ini terutamanya di Kepulauan Melayu. Daratan 'Sundaland' (Tanah Sunda) yang tenggelam itu menjadi Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulu dan Teluk Siam.

        Malapetaka yang berlaku ini telah mengorbankan beratus ribu jiwa, tetapi yang berjaya menyelamatkan diri telah belayar ke Kepulauan Polynesia, Melanesia, New Zealand, Hawaii dan Pesisir Amerika Selatan. Namun begitu, masih terdapat ramai lagi penduduk yang mendiami kawasan-kawasan yang tidak tenggelam yang membentuk pulau-pulau dan semenanjung. Kawasan ini dinamakan 'Alam Melayu' yang kemudiannya dikenali dengan nama 'Nusantara.' Penduduk asalnya bernama 'Melayu' atau 'Malai.' Mereka sudah ada tamadun sendiri dan berjaya merentasi laut ke tempat-tempat lain di seluruh dunia. Mereka membantu penduduk tempatan menegakkan tamadun di Mohenja-Daro dan Harappa di Lembah Indus (benua kecil India). Mereka menamakan banjaran gunung tertinggi di dunia sebagai 'Himalaya,' iaitu 'Gunung Malai' atau 'Gunung Melayu' bagi memperingati Gunung Batara Guru di Sumatera. (Untuk makluman: Crater Gunung Batara Guru menjadi Tasik Toba dan puncaknya menjadi Pulau Samosir. Beribu tahun air hujan turun untuk memenuhkan crater itu (Tasik Toba) yang panjangnya 100 kilometer dan lebar 50 kilometer. Manakala Pulau Samosir luas sedikit daripada Singapura.

      Seterusnya Orang Melayu mengajar penduduk tempatan membina tamadun Sumeria di Lembah Mesopotamia. Ada terdapat Orang Melayu yang mengajar penduduk Mesir membangunkan tamadun mereka dan mewujudkan sistem beraja. Selepas itu, Orang Melayu mengajar penduduk pesisir Laut Mediterranean membina tamadun di Sparta (yang kemudian diwarisi oleh Orang Greek). Kehebatan dan kesaktian Orang Melayu dalam bidang pertukangan, pembuatan dan masakan tidak dapat dinafikan sehinggalah ke hari ini. Jika senjata bangsa-bangsa lain merupakan pedang dan tombak yang lurus atau sedikit bengkok, tetapi senjata Orang Melayu berkelok-kelok, iaitu keris. Walaupun pendek, tetapi ia sangat merbahaya dan membunuh.

      Ada terdapat Orang Melayu yang mengajar penduduk di Amerika Selatan dan Amerika Tengah tentang pembinaan tamadun. Sehingga ke hari ini masih dapat dilihat artifaks dan bangunan-bangunan raksasa di berbagai tempat yang ahli sejarah dan arkeologi Barat atau Timur tidak dapat mengetahui siapakah para pembinanya? Mereka lupa Orang Melayu sebab Orang Melayu kini kebanyakannya hidup miskin, jadi kuli orang lain dan tidak sekolah tinggi walaupun bangsa sendiri yang memerintah wilayah ini (Indonesia, Malaysia dan Brunei).

      Orang Melayu telah berpecah menjadi suku-suku, iaitu suku Jawa, Banjar, Minangkabau, Aceh, Bugis, Deli, Batak, Bidayuh, Kadazandusun, Bajau, Iban, dll. Selepas itu, Orang Melayu berpecah lagi menjadi negara-negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina, Kampuchea, Laos, Vietnam dan Myanmar. Di Malaysia, Orang Melayu berpecah kepada negeri-negeri, parti-parti dan berbagai pertubuhan yang tidak menguntungkan bangsa, agama dan tanahair.

       Itulah serba sedikit tentang Orang Melayu yang sebenarnya mengikut kajian saintifik dan spiritual suami saya dan rakan-rakan intelektualnya. Orang Melayu sejati mempunyai tiga sifat utama, iaitu Tidak Boleh Berdolak dalik; Tidak Boleh Hasad Dengki; dan Tidak boleh Mungkir Janji.

       Atas dasar ini, saya telah menemui resipi turun temurun nenek moyang kita Orang Melayu tentang pembuatan KUAH ROJAK tanpa bahan pengawet yang boleh tahan selama tiga bulan. Saya mempunyai pelanggan tetap, dan kini ingin memperluaskan perniagaan saya itu kepada orang ramai. Jika anda berminat menjadi Stokis, sila hubungi saya: Zarina Zakaria, Handphone: 019-3037107 atau layari laman web saya: sugarlicious2u.blogspot.com.